57 BAHASA MELAYUBAHASA MELAYU (Arahan asal)AMARANArahan penting. Simpan untuk kegunaan pada masa hadapan.• Bagi pengguna di Eropah: Alat ini boleh digunakan oleh kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas danorang yang mengalami kecacatan fizikal, deria atau kurang keupayaan mental atau kurang pengalamandan pengetahuan jika mereka telah diberi pengawasan atau arahan berkenaan penggunaan alat inisecara selamat dan memahami bahaya yang terlibat. Kanak-kanak tidak boleh bermain dengan alatini. Pembersihan dan penyelenggaraan pengguna tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak tanpapengawasan.• Bagi pengguna di kawasan selain Eropah: Alat ini tidak bertujuan untuk digunakan oleh orang(termasuk kanak-kanak) yang mempunyai kekurangan fizikal, deria atau kebolehan mental, atau kurangpengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka telah diberikan penyeliaan dan arahan berkenaanpenggunaan alat oleh orang yang bertanggungjawab ke atas keselamatan mereka. Kanak-kanak harusdiselia untuk memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.• Lihat bab “SPESIFIKASI” untuk mendapatkan rujukan jenis bateri.• Lihat bahagian “Memasang atau mengeluarkan kartrij bateri” untuk mendapatkan cara memasang ataumengeluarkan bateri.• Apabila melupuskan kartrij bateri, keluarkan ia daripada alat dan lupuskan di tempat yang selamat. Ikutperaturan tempatan anda berkaitan dengan pelupusan bateri.• Jika alat tidak digunakan untuk tempoh masa yang lama, bateri mesti dikeluarkan daripada alat.• Jangan pintaskan kartrij bateri.• Lihat bab “PENYELENGGARAAN” untuk mendapatkan butiran langkah berjaga-jaga yang sesuaisemasa penyelenggaraan pengguna.Untuk alat pemanasan yang fleksibel• Apabila tidak digunakan, simpan seperti berikut:— Biarkan alat sejuk sebelum dilipat.— Jangan renyukkan alat dengan meletakkan item di atas alat semasa penyimpanan.• Periksa alat dengan kerap untuk mengesan tanda haus atau kerosakan. Jika terdapat tanda sedemikian,jika alat telah disalahgunakan atau tidak berfungsi, kembalikan alat kepada pembekal sebelum menghidupkansemula alat.• Alat ini bukan bertujuan untuk kegunaan perubatan di hospital.• Alat ini tidak boleh digunakan oleh orang yang tidak sensitif terhadap haba dan orang yang sangatlemah yang tidak dapat bertindak balas terhadap pemanasan lampau.• Kanak-kanak di bawah umur tiga tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan alat ini keranaketidakupayaan mereka untuk bertindak balas terhadap pemanasan lampau.• Alat tidak boleh digunakan oleh kanak-kanak kecil yang berumur lebih daripada tiga tahun melainkankawalan telah ditetapkan oleh ibu bapa atau penjaga, atau melainkan kanak-kanak itu telah diajardengan secukupnya tentang cara mengendalikan kawalan dengan selamat.• Periksa keretakan pada suis dan kord untuk mengelakkan air masuk ke dalam semasa mencuci dan,semasa pengeringan, kord mesti diletakkan untuk memastikan air tidak mengalir ke dalam suis ataukawalan.• Jika anda mengalami gejala yang disenaraikan di bawah semasa anda menggunakan alat, tanggalkandengan segera dan dapatkan nasihat doktor. Jika tidak, terdapat risiko kelesuan haba atau strok haba.— Tanda pertama:Sebarang ketidakselesaan; berpeluh secara berlebihan; sakit leher; loya; pening atau mengantuk.— Gejala kelesuan haba/strok haba:Loya dan muntah; sakit kepala yang berdenyut-denyut; pening dan mengantuk; ketiadaan peluh; kulit berwarna merah,panas dan kering; kelemahan otot atau sawan; degupan jantung yang cepat; pernafasan cepat dan cetek; perubahantingkah laku seperti kekeliruan, disorientasi atau terhuyung-hayang; tidak sedarkan diri.